I'M ON9

BUAH TURUNKAN BERAT BADAN


Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia

Benarkah buah dapat membantu anda dalam menurunkan berat badan? Apakah jenis buah-buahan yang boleh membantu? Kita sedia maklum bahawa buah mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga anda berasa kenyang setiap kali memakannya. Tidak hairanlah sekiranya pakar pemakanan mengatakan bahawa amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet seharian adalah benar. Bagaimanapun dalam pemilihan jenis buah, ada beberapa buah yang dapat membantu anda dalam menurunkan berat badan. Di antara jenis-jenis buah tersebut adalah seperti berikut :-

LIMAU GENDANG
Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat membantu menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

OREN
Berbanding buah lain, oren di percayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah oren juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.


EPAL
Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.


BERI
Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme badan.


TEMBIKAI
Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mempu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.


ANGGUR
Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah daripada menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.


No comments: