I'M ON9

FLORA BAY

|PULAU PERHENTIAN |

SALANG INDAH

| PULAU TIOMAN |

BROGA HILL

| SEMENYIH, SELANGOR |.

BATU FERINGGI, PULAU PINANG

Assalamualaikum dan Salam 1  Malaysia..

Tahun 2013 adalah tahun cuti-cuti malaysia, tahun ini yang paling banyak sekali bercuti, berjalan, melancong dan merangkap perabih kan duit. Paling ketara pada bulan Disember 2013, hampir setiap minggu saya bercuti. Tahun ini sahaja sudah 2 kali ke Penang, kali pertama bersama group bujang-bujang sebelum salah seorang dari kami mengakhiri zaman bujang. Tak silap kami ke sana pada bulan Mac 2013. Percutian yang sebenarnya santai tapi memandangkan keadaan jalan yang sesak di Penang menyebabkan jadi stress dan terasa berada di K.L.

Malam pertama kami tak ke mana-mana hanya berjalan-jalan sekitar pantai batu feringghi, mencari makanan yang penuhi selera memang susah kat sini majoriti peniaga makanan menjual ala-ala arab gitu, kedai makan cina paling banyak. Terpaksa berjalan kaki agak jauh juga ke petronas , kat situ adalah dalam 2@3 buah kedai melayu.

 
hotel budget penginapan kami
 
Hari kedua kami ke Fraser Hill, tempat yang tak pernah pergi sebelum ni. Teruja dengan keadaan disini dan kebetulan memang tak ramai orang so xde la penat menunggu train sampai. Aktiviti bergambar, melompat, ketawa cukup lengkap di ambil. Sempat jugalah shima dan lin pakai inai di jari yang hilang sekejap je. Bayaran masuk ke fraser Hill kalau tak silap dalam rm 20 (kalau salah maaf ya).




 
Pada malamnya pula kami melepak di Padang Kota Lama, bergambar kenangan di meriam sambil menanti sahabat lama yang menginap di Penang. Dalam pukul 8 malam , shima membawa kami makan-makan dan menikmati pasemboq, char kuey teow basah, sotong bakar, ABC, lai chi kang dan macam-macam lagi la..Memang banyak sangat makanan sampai tak tahu nak memilih yang mana satu. Anda duduk sahaja , sikit punya ramai peniaga-peniaga menghampiri anda dan mulalah aksi memperomosikan makanan masing-masing. Pertama kali dengar memang sangat pening kepala dan perlu ingat kedai mana yang anda buat pesanan. Pasemboq dia memang terbaik seh. Aktiviti kenyangkan perut sudah so husband shima bawa pula meronda ke queensbay, pergh kat situ pun ada pesta makanan juga, aduyai makan lagi. Kali nie rehat sambil borak-borak dan meayan jagung bakar.

 
Hari ketiga, mandi manda di pantai sebelum pulang ke rumahku syurga ku.sebelum pulang, kalau tak singgah beli jeruk, bukan namanya ke Penang kan? Mencari tempat nie dah satu hal, saya tak ingatlah namanya apa. Siap menelefon shima tanya kat mana, guna google map tak jumpa, tanya orang bg direction jalan x jumpa juga. Dah banyak kali tawaf tempat sama tapi masih tak nampak. Last2 saya cakap , ini kali terakhir kita pusing kalau tak jumpa kita balik. Alhamdulillah ALLAH swt permudahkan urusannya.

 
TIPS: nak ke Penang jangan pergi masa cuti sekolah, memang ramai yang nak naik fraser hill. Carilah budget hotel yang ada kedai makan, sebab nak cari kedai melayu kat sini susah ataupun kami tak pandai cari. Apa-apa pun Penang Tetap terbaik.

FLORA BAY, PULAU PERHENTIAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Dah lama tidak berkongsi cerita percutian di sini. Kesibukkan kerja dan bisnes membuatkan tiada masa yang terluang. Pulau menjadi destinasi saya seterusnya, percutian 3 hari 2 malam dengan budget rm 400 seorang termasuk minyak, tol, feri, penginapan dan bot tuk ke pulau-pulau yang lain. Kali ni saya gunakan agensi pelancongan milik seorang sahabat sebab malas nak buat survey sendiri dan percutian ini juga kami memasak sendiri untuk makan malam. Makanan yang paling simple untuk orang bujang 8 orang sahaja dengan 2 buah kereta dari klang. Bertolak jam 10 malam dan melalui bukit besi sampai di jeti tepat jam 6 pagi. Percutian ini dibuat pada bulan Julai 2013 , lagi 3 hari kita nak sambut ramadhan. 

Sementara nak menunggu agensi uruskan kami, kami menghabiskan masa dengan tidur dalam kereta. Rupanya hendak ke Pulau Perhentian hanya menaiki bot biasa sahaja , saya ingatkan seperti di Pulau Tioman ataupun Pulau Pangkor dimana kita naik feri untuk ke destinasi. Satu bot boleh memuatkan lebih kurang 20 org bergantung pada saiz badan. Tapi ok juga barulah adventure sikit kan. Alhamdulillah dapat bilik pun ok , hawa dingin yang sejuk  dan lengkap dengan fridge sekali. Standard chalet di pulau- pulau adalah sama sahaja kecuali di Pulau Pangkor. Dari segi rekabentuk dan suasananya sama. Chalet ini tidak dilengkapi dengan tv dan suasana pada waktu malam tidak semeriah di Pulau Tioman atau mungkin kawasan ini kurang pengunjung.

Hari 1 hanya habiskan masa di pantai, lepak-lepak sambil melelapkan mata di buaian. Tak banyak aktiviti kami lakukan pada hari pertama. Tidak perlu hendak ke tempat lain untuk tengok nemo, katdepan chalet banyak nemo warna oren ada , warna biru ada. Paling seronok bila air surut kita boleh pergi jauh ke tengah untuk melihat nemo. Serius memang best tempat ini sebabnya tidak ramai orang dan aman serta nyaman.

Hari ke 2 , pagi kami meronda dengan bot ke pulau- pulau kecil yang lain , termasuk la ke kampung- kampung yang ada di sini sambil menikmati makan tengahari. Membuat snorkling sambil melihat begitu banyaknya ikan-ikan bermacam jenis warna. Saya tidak minat dengan snorkling sebab tak pandai nak gunakan alat snorkling tu so i just duduk diam-diam dalam bot. Aci tak? Aci kan saje.

 

Pada petangnya kami ke satu tempat, tempat yang mungkin pada pandangan saya sangat cantik dan nyaman. Sebuah kawasan yang menggunakan tenaga solar. Pada awal kami datang ke sini , budak-budak lelaki ni sangat teruja untuk ke sini dan mereka tidak maklumkan yang jambatan konkrit nya telah runtuh. So dengan semangat berkobar teringin nak pergi, bila sampai je teruk budak-budak lelaki tu kena marah sebab x berani nak naik dengan keadaannya yg macam tu. Memandangkan depa nak p juga so budak bot bagitau ada satu lagi laluan ikut jalan hutan. Pergilah kami ni ke sana, bila sampai je ke sana, ya ALLAH tak sanggup rasanya nak ikut jalan tu , baikah saya naik je jambatan yang roboh tu. Kami ni bukan apa, badan semuanya sihat-sihat berlaka kalau terjadi apa-apa sapa pula yang nak mengangkatnya. Memandangkan semangat berkobar budak lelaki nak naik, terpaksa patah balik tempat yang mula sampai tadi. Kak anie dia tak nak naik , nak duduk dalam bot , saya pula tak sanggup duduk dalam bot dengan laut yang berombak.

 

 

So last sekali semuanya naik, nak naik dari bot ke jambatan yang roboh dan senget satu hal, dari jambatan yang roboh nak naik ke pelantar jambatan pun satu hal. Cuba bayangkan yang ada hanya tangga buatan manusia yang menggunakan kayu bakau. Mai bayang kan cepat. Nak naik tu duk termenung jap, 2 orang lelaki dah mula mendaki tangga besi tu, yang pompuan nie nak x nak kena naik juga so ada 2 orang lagi lelaki yang tunggu bawah, mana la tau alih-alih terjatuh ke laut ke. Saya tak menoleh lagi ke belakang, mula mendaki dari satu tangga ke tangga dengan takde air dan berkaki ayam saya naik ke atas. Berhenti di point 1, rasa hati tak nak teruskan tapi depa nie kata atas lagi cantik bila lihat pemandangan dari atas. So teruskan juga walau dah bising-bising, merungut-rungut.. 

 
Sampai atas , point yang terakhir terdiam dan terkedu melihat keindahan ciptaanNYA.. SubhanaAllah cantiknya, nyaman nya, sejuknya dan damainya hati... Tidak terucap dengan kata-kata. Bergambar kami semua sepuas hatinya.. Syukurlah budak lelaki ni sabar melayan karenah kami yang perempuan ni.
 
 

 
Hari ke 3 , selamat pulang ke jeti untuk ke kuala terengganu mencari keropok kiriman kawan-kawan, jiran, dan family. Memang terbaik sangat Pulau Perhentian ini ,sangat puas hati, sangat adventure sebabnya dengan ombak yang besar dan hujan renyai-renyai kami selamat bercuti di sini.

TIPS: jika anda ke pulau perhentian selepas bulan 5 atau senang cakap time ombak besar, x payah la nak vogue sangat, pakai hensem-hensem sebabnya kita akan melawan ombak dan bila bot langgar ombak, secara automatiknya air laut akan melayang dalam bot dan anda akan basah kuyup. Nasib baik masa pergi dan balik pakai sweater so tak la badan basah, guna selipar je nak ke pulau.

B L O G S A Y A S U D A H B E R S A W A N G

Assalamualaikum ... Dan selamat pagi...

Wah lamanya tak menulis, sampai org komen pun x perasan.. Maaf ya sayang2 semua lama x jenguk blig disebabkan kesibukkan diri menguruskan biz walaupun x besar mana tp tetap busy.. Banyak yang nak tulis untuk cuti2 malaysia ni tp tunggulah jika ada masa.. Sepanjang menyepikan diri saya bercuti ke pulau perhentian, LEGOLAND , melaka, medan indonesia,langkawi dengan keretapi... Dan ada lg tempat tp dah lupa nanti lah saya refresh semula...


Now saya menguruskan supplement catalyst dan shaklee sahaja, barangan UK , barangan ibu2 dan anak2 dan tak lupa juga makanan seperti cistat, lasagna, kek pisang dan lain2... Selain tu bg yg nak dapatkan atau buat tempahan untuk door gift, guest book, design sticker tuk door gift pun boleh.. Jom LIKE fanpage kami sis'stufflicious resources, shopping barang murah UK dan ummies & kiddies


Selamat berhujung minggu...

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Salam ramadhan untuk semua blogger dan pembaca, setelah sekian lama menyepikan diri baru hari ini berkesempatan untuk menulis. Kesibukkan kerja termasuk dengan pertandingan inovasi peringkat jabatan membataskan masa saya. 

Berbalik pada tajuk, mungkin ada dikalangan kita mencari rezeki dengan berniaga atau mungkin juga dengan berblog... Tetapi tidak semestinya apa yang kita niagakan membuahkan hasil. Ada segelintir kita apa sahaja produk di pasaran sema hendak dijual sampai satu tahap kita terpaksa jual murah-murah sebab tidak mendapay sambutan. Kadang-kadang kita fikir "kenapa orang lain boleh jual tp bila kita jual , tiada siapa yang membeli".. Atau mungkin juga kita katakan " ala dia jual mahal tapi aku jual murah ada free gift lagi" ... TAPI pernh x kita fikir sampai bila nak jual murah dan bagi free gift? Banyak ke untung yang kita dapat? Dapat ke kita bertahan dengan cara yang begitu?

Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa kita usaha, mungkin usaha kita salah ataupun cara perniagaan kita salah. Dalam perniagaan yang paling penting niat kita, apakah niat kita hanya sekadar suka-suka ataupun ingin bersaing dengan orang lain.. Carilah perniagaan yang ikhlas kita laksanakan kerana ALLAH swt.

Mungkin dengan adanya buku ini dapat membantu anda untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk menjemput rezeki.. Selain dari solat dhuha dalam islam sendiri ada doa dan zikir yg boleh diamalkan.. Mari menuntut ilmu tanpa putus asa.. Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI boleh hubungi saya di talian 0133963400.. Dan ada satu lagi buku yang saya cadangkan MAKAN GAJI TAPI KAYA...

Salang Indah, Pulau Tioman

Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia

Sudah lama tidak menulis tentang cuti-cuti malaysia dan juga hotel budget di dalam Malaysia. Walaupun percutian ke Tioman sudah hampir setahun berlalu , baru kini berkesempatan untuk menulisnya. Perjalanan Pulau Tioman dilaksanakan secara berkumpulan seramai 45 orang pada 25 Mei 2012 dengan menaiki satu bas dan satu van. Pulau Tioman salah satu pusat pelancongan yang wajib dikunjungi bagi yang suka menyelam dan snorkling. Dari atas jeti , kita dapat melihat keindahan alam, ikan-ikan berwarna warni, terumbu karang dengan jelas. Di Pulau Tioman saya menginap di kawasan Salang dimana ianya terkenal di kalangan pelancong asing. Alhamdulillah percutian kami tidak dicemari dengan jemuran pelancong di pantai, makanya mata-mata ahli rombongan dapat di kawal terutamanya kanak-kanak.

FERI
- Sampai di Jeti Mersing dalam pukul 7.30 pagi dan saya terus telefon kak Lina (orang yang bertanggungjawab menguruskan tiket feri kami). Barang-barang kami terus simpan di kawasan jeti dan dijaga oleh seseorang.
- Bersarapan dahulu sebelum meneruskan perjalanan, usah bimbang untuk mencari sarapan kerana terdapat kedai yang berdekatan dengan jeti.
- Tepat Jam 9.00 pagi kami dipanggil untuk menuju ke feri dan kami diberi keutamaan untuk masuk ke dalam feri tanpa perlu berebut dengan yang lain.
- Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit untuk sampai ke Salang, banyak perhentian sepanjang perjalanan ini, bagi kami yang baru sampai ke Tioman agak keliru juga hendak turun di mana sebab tiada pengumuman dibuat. Salang adalah perhentian terakhir dari jeti Mersing.
- Harga tiket dua hala bagi Dewasa RM 80 dan Kanak-kanak RM 70. Untuk tempahan tiket feri boleh hubungi kak Lina di talian 07-799 5696


HOTEL
- Anda tidak perlu risau untuk mencari chalet di kawasan Salang , saya memilih Salang Indah Chalet sebagai penginapan kumpulan kami.
- Di Salang Indah , bilik-bilik yang disediakan sangat selesa (bagi yang tidak kisah) , luas, kemas dan paling penting bersih. Bilik airnya juga selesa dan besar, saiz bilik bergantung pada kuantiti orang dalam satu-satu bilik.
- Salang Indah menyediakan kafe untuk pakej buffet jika anda ambil bilik lengkap dengan pakej. Untuk kumpulan kami lebih selesa memasak sendiri untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.
- Selain itu, ianya juga bertujuan untuk dapatkan kos yang sederhana bagi semua ahli kumpulan ikut serta.
- Harga bilik di Salang Indah bermula dari RM 110.00 - RM 220.00 (cuti sekolah dan umum) berhawa dingin, tiada TV, peti ais disediakan.
- Hubungi 09-4195015 bagi tempahan bilik @ boleh lawati website ini Salang Indah Resort

Suasana di Salang dan Resort Salang Indah


SNORKLING

- Pihak resort juga ada menyediakan pakej snorkling tetapi hanya 3 tempat sahaja dengan harga RM 50 dewasa, harga untuk kanak-kanak sudah lupa.
- Memandangkan kumpulan kami besar dan memerlukan bot sebanyak 2 unit , kami cuba mencari sepanjang kawasan salang harga yang berpatutan untuk snorkling.
- Akhirnya impian untuk semua ahli kumpulan snorkling dengan harga yang murah tercapai jua. Tempat akak snorkling (saya lupa namanya) terletak di bahagian depan kawasan Salanag ( Dari Jeti menuju ke resort).
- Harganya yang diberikan RM 50.00 untuk 5 tempat snorkling bagi dewasa dan 3 orang kanak-kanak RM 50.00 tetapi anda perlu pastikan kumpulan anda mempunyai 40 orang dewasa , jika kurang daripada itu anda tidak akan dapat harga tersebut.
- Antara 5 tempat tersebut adalah Juara Village, Marine park, Paya Village, Soyak Island dan Renggis Island.

Inilah tempat kami ambil snorkling

aktiviti kami di malam pertama disini
Aktiviti Sukaneka

BBQ dan Aktiviti memasak

Semoga entry ini dapat membantu anda untuk bercuti di Salang, Pulau Tioman. InsyaALLAH jika diizinkan saya nak menginap di Salang Pustaka pula...